Panduan Ringkas untuk HOT POTATOES


Download link: http://hotpot.uvic.ca/


Hot Potatoes adalah satu perisian yang mengandungi 5 jenis alat pengarangan yang membolehkan kita mencipta 5 jenis latihan / soalan interaktif berasaskan Web.

Ia berupaya membina soalan dalam semua bahasa yang menggunakan huruf Roman. (dan termasuk bahasa mandarin & Jawi.)

Ada 5 jenis alat pengarangan soalan yang terdapat dalam Hot Potatoes ialah:

  • JQuiz - Soalan Aneka Pilihan
  • JMix - Latihan Menyusun Ayat
  • JCross - Latihan Teka Silang Kata
  • JMatch - Latihan Membuat Padanan
  • JCloze - Latihan Mengisi Tempat Kosong

To Register
Hot Potatoes merupakan satu perisian percuma yang dibekalkan untuk kegunaan guru secara peribadi. Perisian yang baru di’install’ mesti didaftarkan(register) dahulu. Tanpa pendaftaran, pengguna hanya dapat memasukkan 3 soalan sahaja.


Langkah untuk mendaftar:

Klik ‘Read Me’

  1. Salin kod : User name : Astana Astana

Key : RXSB-CQPA-EYYH

  1. Tutup
  2. Klik Start, All Program, Hot Potatoes dan Hot Potatoes 6
  3. Klik Help, Register, User ID (Tiada perkataan Register sekiranya pendaftaran telah dibuat)
  4. Masukkan kod

JQuiz

JQuiz digunakan untuk membina soalan objektif dalam bentuk multiple choice, short answer, hybrid dan multi-select.

  1. Klik pada ikon kentang JQuiz.
  2. Mula bina soalan 1 :
    1. Pilih jenis soalan objektif yang dikehendaki.
    2. Taipkan tajuk latihan
    3. Taipkan soalan pertama dalam ruang Q
    4. Masukkan pilihan jawapan dalam ruangan di bawah answers
    5. Taipkan maklumbalas yang diingini dalam ruangan di bawah feedback. Eg.: Syabas, cuba lagi, betul,……….(
    6. Tandakan jawapan yang betul pada ruangan di bawah setting
  3. Teruskan untuk soalan yang kedua dan seterusnya.


Untuk Simpan(Save) dalam Fail:

Perlu disimpan dalam 2 bentuk iaitu sebagai projek file dan sebagai Website.

  1. Simpan Sebagai Projek
    1. Klik File
    2. Save As
    3. Pilih folder di mana projek file akan disimpan
    4. Taip nama fail
    5. Tekan Save

  1. Simpan Sebagai Website(Format HTML)

- format ini akan digunakan sebagai latihan bagi pelajar

a. Tekan ikon ‘blue spider’

    1. Pilih folder di mana fail akan disimpan
    2. Taip nama fail, klik Save
    3. Klik pada ‘view the exercise in my browser’


Untuk masukkan bahan sokongan dalam soalan atau jawapan:


Penting: Sebelum membina soalan, bahan sokongan seperti gambar, teks rujukan dan rajah yang akan dimasukkan ke dalam soalan atau jawapan hendaklah disediakan terlebih dahulu dan disimpan dalam folder yang sama, kerana latihan yang dihasilkan oleh Hot Potatoes adalah bahan berasakan Web dan ini memerlukan penyusunan bahan-bahan sokongan seperti bahan grafik, teks, rajah dan lain-lain dalam folder yang sama.

Langkah :

  1. letak cursor di tempat di mana bahan sokongan akan diletak
  2. Klik Insert, Picture, Picture from local file
  3. Pilih bahan sokongan/gambar yang dikehendaki, klik open
  4. Edit saiznya. Klik OK

Bahan sokongan hanya muncul dibawah browse (cth: Internet Explore diaktifkan)


0 Responses